English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Selangor
Kerajaan Negeri Sembilan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Perbadanan Putrajaya

Berita Tengah

November 09, 2017 21:55 PM

Empat Rumah Dinaiki Air Akibat Banjir Kilat Di Ampang

KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) -- Taburan hujan sehingga 86 mililiter selama dua jam menyebabkan empat rumah dinaiki air akibat banjir kilat di Kampung Dato Mufti Shuib, Mukim Ampang dekat sini petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata kawasan itu dinaiki air sedalam 0.3 meter bermula pukul 5 petang.

"Bagaimanapun tiada penduduk dipindahkan dan kemalangan jiwa dilaporkan berlaku," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Sani berkata air Sungai Klang dilaporkan berada pada paras normal dan banjir telah mula surut pada 7 malam.

-- BERNAMA

 
 

©2017 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel