English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Johor
Kerajaan Negeri Melaka

Berita Selatan

November 09, 2017 20:32 PM

Naik Taraf MPJBT Kepada MBIP Bakal Jadi Pemangkin Pertumbuhan Johor

ISKANDAR PUTERI, 9 Nov (Bernama) -- Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) yang sedang melalui proses naik taraf kepada Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dilihat mampu menjadi salah satu pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi di selatan tanah air.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Datuk Md Jais Sarday berkata  pengisytiharan MBIP akan disempurnakan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar  pada 22 November manakala pelantikan  Datuk Bandar MBIP yang pertama akan diadakan pada 23 November ini.

"Berbeza dengan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang berperanan bagi melicinkan pentadbiran dan mengatasi masalah pembandaran sedia ada, MBIP  mempunyai identiti yang tersendiri sama ada dalam konteks pembangunan bandar dan mampu menjadi tarikan dalam konteks pelaburan dalam pelbagai industri.

"Perancangan yang teliti dilakukan untuk masa hadapan kerana wujudnya pelbagai industri baharu seperti industri kreatif iaitu Pine Wood Malaysia Studio yang bertempat di Iskandar Puteri akan menjadi tumpuan dan akan berlaku lonjakan dalam industri perkhidmatan", kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Yang Dipertua MPJBT Adib Azhari Daud, berkata proses naik taraf berkenaan akan melibatkan sebanyak 700,000 penduduk dan 200,000 pembayar cukai manakala kawasan yang dipersetujui untuk dipinda melibatkan kawasan seluas 40,210 hektar.

"Kita akan menumpukan kepada perkhidmatan khusus kepada rakyat di samping itu terdapat sebanyak 40 peratus kawasan Iskandar Puteri yang belum dibangunkan," kata beliau.

-- BERNAMA  

 
 

©2017 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel