English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Selangor
Kerajaan Negeri Sembilan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Perbadanan Putrajaya

Berita Tengah

November 09, 2017 17:26 PM

MyBHA Negeri Sembilan Anjur Konsert Amal Di SJKC Sin Hua Sabtu Ini

SEREMBAN, 9 Nov (Bernama) -- Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MyBHA) Negeri Sembilan dengan kerjasama Synson Music & Art dan Seremban Clarion Workshop akan menganjurkan konsert amal 'Garland of Songs' di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sin Hua, Jalan Tok Ungku di sini pada Sabtu ini.

Presiden MyBHA Negeri Sembilan, Suresh Armugam berkata penganjuran konsert amal itu merupakan antara program tanggungjawab sosial persatuan berkenaan untuk membantu golongan kurang bernasib baik.

Beliau yang juga pengerusi bersama konsert amal itu, berkata beberapa rumah kebajikan dipilih sebagai penerima bantuan dan penghuni rumah kebajikan terlibat turut diberi peluang mengikuti konsert tersebut.

"MyBHA Negeri Sembilan mahu memberi pengiktirafan kepada masyarakat kerana merekalah yang banyak membantu industri perhotelan bajet. Industri perhotelan bajet ketika ini sememangnya memberi pengiktirafan kepada golongan kurang bernasib baik seperti Orang Kelainan Upaya (OKU).

"Ini dapat dilihat melalui kemudahan khas untuk OKU seperti tandas khas, tilam dan kemudahan keselamatan di hotel-hotel bajet di negeri ini. Malah, sebahagian daripada keperluan kemudahan ini diwajibkan dan dipantau Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan," katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, katanya MyBHA Negeri Sembilan turut merujuk kepada Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRDF) dalam mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan OKU di hotel-hotel bajet di negeri ini melalui skim khas yang disediakan.

Beliau berkata skim itu melibatkan latihan khusus untuk OKU dalam bidang perhotelan.

"Saya berharap konsert amal ini akan berjaya dan secara langsung membuka banyak lagi peluang bagi program kemasyarakatan seperti ini diadakan. Program ini akan membuktikan penglibatan secara bersama antara beberapa pertubuhan atau kelab yang akan menghasilkan satu program lebih berjaya dan menyeluruh.

"Atas inisiatif itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Synson Music & Art dan Seremban Clarion Workshop yang akan turut sama menjayakan konsert ini," katanya.

-- BERNAMA  

 
 

©2017 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel