English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Kelantan
Kerajaan Negeri Terengganu
Kerajaan Negeri Pahang

Berita Timur

November 09, 2017 17:26 PM

Tiada Unsur Penderaan Pada Video Tular

KUANTAN, 9 Nov (Bernama) -- Polis mengesahkan tiada unsur penderaan berlaku dalam rakaman video seorang wanita menampar anaknya di Taman Mahkota Emas di sini, yang tular dalam media sosial baru-baru ini. 

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata wanita tersebut  tampil memberi keterangan semalam selepas menyedari rakaman berkaitan kejadian itu tular dan mendapat kecaman netizen. 

"Tiada unsur penderaan dan apa yang berlaku ialah salah faham dalam keluarga. Doktor juga mengesahkan kanak-kanak yang berusia tiga tahun itu tidak mengalami kecederaan," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Baru-baru ini, seorang wanita dirakam menampar anaknya sebanyak dua kali sehingga menangis selepas kanak-kanak itu berkeras mahu mengikutnya, walaupun setelah dimarahi dan diarah untuk masuk ke rumah. 

Video berdurasi kira-kira 50 saat itu yang dipercayai dirakamkan oleh penduduk di taman itu juga menunjukkan kanak-kanak itu seakan-akan diheret ke pintu belakang kereta dan diarahkan masuk sebelum kedua-dua mereka beredar. 

-- BERNAMA 

 

 
 

©2017 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel