English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Selangor
Kerajaan Negeri Sembilan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Perbadanan Putrajaya

Berita Tengah

November 09, 2017 17:19 PM

1,343 Pelajar Cemerlang Negeri Sembilan Dirai

SEREMBAN, 9 Nov (Bernama) -- Seramai 1,343 pelajar diraikan pada majlis Anugerah Insan Terbilang Negeri Sembilan ke-4 anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS), selepas masing-masing mencatat kejayaan dalam kokurikulum dan sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, sepanjang tahun ini.

Exco Pendidikan dan Kesihatan negeri, Datuk Shamshulkahar Mohd Deli berkata daripada jumlah itu, 182 adalah mereka yang berjaya menempa nama di peringkat antarabangsa, manakala baki 1,161 adalah pelajar cemerlang di peringkat kebangsaan.

Beliau berkata pelajar-pelajar cemerlang berkenaan juga ada yang mengharumkan nama negara dengan memperoleh kejayaan di peringkat antarabangsa dalam sukan, akademik dan sebagainya.

"Kita beri penghargaan atas jasa dan kejayaan mereka. Seperti termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, tumpuan kepada anak-anak tidak hanya kepada peperiksaan semata-mata, sebaliknya turut melihat kepentingan penglibatan dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan bagi membina jati diri yang kukuh.

"Selain kurikulum, ko-kurikulum juga sangat penting untuk mengembangkan potensi, bakat, kepimpinan dan minat murid bagi melahirkan modal insan yang berkualiti sebagai aset utama negara dalam memastikan kecemerlangan pada masa hadapan," katanya ketika berucap pada majlis tersebut di sini hari ini. 

Turut hadir, Ketua Sektor Jaminan Kualiti JPNS Maznah Abu Bakar.

Shamsulkahar dalam pada itu, berharap anugerah berkenaan dapat memberi suntikan semangat kepada pelajar untuk mencapai lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Kesemua mereka menerima sijil dan plak.

Antara penerima anugerah ialah Muhamad Nur Iman Mohd Taufik daripada Sekolah Kebangsaan (SK) Undang Rembau, Nur Intan Alyaa Mohd Zaini (SK Puteri Seremban) dan Ammar Maziz Mohd Mustafafa (SK Serting F) bagi kategori Murid Sekolah Rendah.

Sementara, Shaallina Kumar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) King George V, Muhammad Izmeer Md Nadziff (SMK Yamtuan Radin) dan Wong Sin Minh (SMJK Chan Wa) menerima anugerah bagi kategori Murid Sekolah Menengah.

Anugerah Insan Terbilang Negeri Sembilan merupakan anugerah bagi mengiktiraf pencapaian tertinggi bagi pelbagai aspek ko-kurikulum dalam kalangan murid, guru dan sekolah. 

-- BERNAMA

 
 

©2017 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel