English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Selangor
Kerajaan Negeri Sembilan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Perbadanan Putrajaya

Berita Tengah

November 09, 2017 17:17 PM

Lelaki Tendang Wanita Di BNM Ditahan

KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) -- Lelaki yang dikatakan sengaja menendang seorang wanita di jejantas dari Bank Negara Malaysia (BNM) menuju ke Jalan Raja Laut seperti tersebar dalam media sosial, ditahan polis malam tadi.

Suspek berusia 34 tahun itu ditahan di hadapan Masjid Saidina Hamzah, Kampung Batu Muda, Jalan Ipoh di sini pada 11.05 malam tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata siasatan mendapati suspek pernah ditangkap tahun lepas atas kesalahan sama.

"Suspek tidak mengalami sebarang masalah mental namun mempunyai sikap panas baran yang melampau.

"Suspek turut mempunyai rekod kesalahan lain seperti mengugut, melakukan khianat dan mencederakan orang lain," katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras.

Beliau berkata suspek kini ditahan dan permohonan reman sedang dibuat pagi ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan.

-- BERNAMA

 
 

©2017 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel