English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Johor
Kerajaan Negeri Melaka

Berita Selatan

November 09, 2017 17:01 PM

Paras Sungai Di Johor Terkawal

JOHOR BAHRU, 9 Nov (Bernama) -- Paras air sungai di Johor masih terkawal dan tidak berlaku kenaikan walaupun berlaku banjir kilat di beberapa kawasan di negeri ini disebabkan fenomena air pasang dan kawasan rendah.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor Datuk Ayub Rahmat berkata hujan lebat dan air pasang terutama di kawasan rendah menyebabkan saliran tidak dapat menampung jumlah air yang banyak.

"Secara keseluruhan, ia masih terkawal kita tengok paras air yang ada di sungai di Johor berada di paras normal dan tidak meningkat," kata beliau di Program Fit @HSAJB dan sambutan Hari Diabetes Sedunia 2017 di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini hari ini. 

Ayub berkata hujan lebih tertumpu di kawasan utara walaupun di sini (Johor) hujan dan beberapa kawasan berlaku mengalami kenaikan disebabkan faktor air pasang dan kawasan rendah.

"Jadi kawasan itu mudah naik air seperti di beberapa kawasan di Pontian kerana berada di tepi laut apabila air pasang tinggi menyebabkan air tidak boleh mengalir keluar," kata beliau.

Menurut Ayub walaupun berlaku banjir kilat, ia tidak mengambarkan negeri ini sedang berlaku banjir besar.

Terdahulu, beliau merasmikan program itu yang turut dihadiri Pengarah Kesihatan Johor Dr Rooshaimi Merican A. Rahim Merican dan Pengarah HSA Dr Aman Rabu.

Program yang memasuki tahun ketiga itu disertai kira-kira 250 kakitangan hospital yang diisi dengan pelbagai aktiviti kesihatan.

Antara kelainan yang dibawa tahun ini, peserta berjalan kaki 10,000 langkah selain disediakan beberapa stesen kesihatan termasuk stesen ujian kecergasan, diet dan diabetes.

-- BERNAMA  

 
 

©2017 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel