English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Selangor
Kerajaan Negeri Sembilan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Perbadanan Putrajaya

Berita Tengah

November 09, 2017 16:59 PM

Imigresen Selangor Gempur Empat Pusat Urut, 17 Warga Asing Ditahan

SHAH ALAM, 9 Nov (Bernama) -- Jabatan Imigresen Selangor menahan 17 warga asing selepas menggempur empat pusat urut di sekitar Petaling Jaya dan Seri Kembangan dalam 'Ops Gegar' semalam.

Pengarahnya Omran Omar berkata dalam operasi bermula 11 malam itu, kesemua yang ditahan ialah warga China, Thailand, Indonesia, Vietnam dan Myanmar, terdiri daripada 13 wanita dan empat lelaki berumur antara 20 hingga 40 tahun.

"Operasi ini diadakan berikutan kami mendapat aduan awam. Dua daripada empat pusat urut yang diperiksa pernah diserbu pada awal tahun ini dan tahun 2016," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Omran, kesemua warga asing terbabit ditahan atas kesalahan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan salah guna pas mengikut Akta Imigresen 1959 63.

Katanya, kesemua yang ditahan dibawa ke pejabat Jabatan Imigresen Selangor di sini untuk siasatan.

-- BERNAMA

 
 

©2017 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel