English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Johor
Kerajaan Negeri Melaka

Berita Selatan

November 07, 2017 16:34 PM

FAMA Melaka Catat Nilai Jualan Lebih RM3.89 Juta

ALOR GAJAH, 7 Nov (Bernama) -- Sejumlah 58 petani Ladang Kontrak di bawah kendalian Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Melaka melibatkan tiga daerah di negeri ini mencatatkan nilai jualan lebih RM3.89 juta bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Pengarah FAMA Melaka Mohd Nawi Othman berkata antara tanaman yang menjadi pilihan petani adalah pisang, kelapa dan cili padi yang dijual pada harga berpatutan melibatkan tanah seluas 222 hektar.

"FAMA Melaka menggalakkan petani di negeri ini agar segera mendaftar dengan program Ladang Kontrak agensi itu bagi memudahkan urusan pengawalan kualiti dan harga produk mereka di pasaran.

"Secara tidak langsung, pendaftaran ini juga membolehkan FAMA untuk memantau pengeluaran komoditi itu daripada aspek penyakit tanaman serta keselamatannya kepada pengguna termasuk pengimport," katanya ketika ditemui pemberita pada Kursus Peningkatan Pendapatan Hasil Pertanian peringkat Alor Gajah di Kompleks Japerun Ayer Limau hari ini.

Beliau berkata FAMA memberi galakan kepada golongan belia agar menceburi bidang pertanian kerana ia mampu menjanjikan pendapatan dan kehidupan yang lebih baik kepada mereka pada masa akan datang.

"Kebanyakan generasi muda masa kini lebih cenderung untuk berkhidmat dalam sektor 'kolar putih' kerana tidak ramai yang mahu mengotorkan tangan mereka untuk menjadi petani. Namun, pemikiran ini perlu diubah kerana sektor pertanian boleh menguntungkan mereka," tegasnya.

-- BERNAMA

 
 

©2017 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel