English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Sabah
Ketua Menteri Sabah

Berita Sabah

October 07, 2017 11:12 AM

PPM Sandakan Tahan Kapal Nelayan Cuba Seludup Barang Kawalan

SANDAKAN, 7 Okt (Bernama) -- Pasukan Polis Marin (PPM) di sini menahan seorang kru sebuah kapal nelayan selepas penemuan beberapa barangan kawalan di dalam kapal itu disyaki cuba diseludup ke negara jiran, semalam.

Antara yang dirampas ialah 4,000 liter minyak petrol, 400 liter minyak diesel dan 30 tong gas memasak.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohd Yazib Abd Aziz berkata anggota PPM yang meronda di Kuala Sungai Batu 2 dekat sini memeriksa bot nelayan terbabit yang sedang berlabuh dengan sarat muatan.

Hasil pemeriksaan di dalam ruang kargo hadapan dan belakang kapal itu terdapat barangan kawalan cuba diselewengkan bagi tujuan penyeludupan, katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Menurutnya barangan lain dirampas dari kapal nelayan itu adalah 67 bungkus minyak masak, 66 bungkus tepung gandum, 58 bungkus gula pasir, 43 bungkus tepung beras dan 18 karung baja Ammonium Nitrat.

Katanya nilai barang rampasan termasuk bot nelayan adalah RM239,846.

Beliau berkata seorang kru warga Filipina berusia 31 tahun yang berada di dalam kapal nelayan itu ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan akan dirujuk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Sandakan.

-- BERNAMA

 
 

©2017 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel