English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Sarawak
Ketua Menteri Sarawak

Berita Sarawak

October 06, 2017 22:42 PM

Unimas Dan JobStreet.com Meterai MOA

KUCHING, 6 Okt (Bernama) -- Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) memeterai memorandum persetujuan (MOA) dengan JobStreet.com untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan.

Naib Canselor Unimas Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata pihak industri memerlukan graduan yang menepati dengan kehendak pasaran pekerjaan.

"Dengan bilangan graduan yang semakin meningkat, terdapat keperluan bagi universiti untuk mengetahui sebab kebolehpasaran siswazah yang rendah, dan meningkatkan pemeringkatan kebolehpasaran," katanya pada majlis pemeteraian MOA di Unimas di sini hari ini. 

Untuk tujuan ini, beliau berkata Unimas telah terlibat secara aktif dengan syarikat berkaitan kerajaan di Malaysia. 

Beliau berkata Unimas akan meneroka lebih banyak peluang dengan JobStreet.com untuk manfaat pelajar dan rakyat Sarawak.

Sementara itu, Kadim turut mengumumkan Unimas akan menganjurkan Pesta Kerjaya dalam talian untuk menyokong inisiatif Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bagi program transformasi digital Sarawak.

"Pesta kerjaya dalam talian ini adalah selaras dengan Pelan Transformasi Digital Sarawak untuk menggalakkan lebih ramai graduan menerima perubahan teknologi dalam aplikasi pekerjaan," katanya.

Ketua Komunikasi Serantau JobStreet.com Simon Si berkata portal pekerjaan itu teruja untuk bekerjasama dengan Unimas untuk membangunkan graduan bagi keperluan industri melalui program kerjasama seperti Sijil Khidmat Kerjaya dan Sijil Duta Pelajar. 

"Bagi program ini, kakitangan yang terpilih bagi perkhidmatan kerjaya akan didedahkan dan dilatih untuk proses perekrutan dan padanan kerja di JobStreet.com.

"Begitu juga bagi duta pelajar yang dilatih dalam bengkel JobStreet.com untuk memahami mengenai pasaran kerja yang dinamik dan bagaimana untuk mengendalikan klinik resume dan kemahiran kepimpinan.

"Latihan ini direka untuk membantu duta pelajar berkenaan membantu dan membimbing rakan-rakan mereka agar menepati kehendak pasaran pekerjaan," kata Si.

-- BERNAMA

 

 
 

©2017 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel