English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Sarawak
Ketua Menteri Sarawak

Berita Sarawak

October 06, 2017 18:31 PM

Empat Tokoh Nilam Sarawak 2017 Ke Peringkat Kebangsaan Tahun Depan

KOTA SAMARAHAN, 6 Okt (Bernama) -- Empat pelajar akan mewakili Sarawak pada pertandingan Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan 2018 selepas dinobatkan pemenang Tokoh NILAM Sarawak 2017 di sini hari ini.

Sebanyak empat kategori dipertandingkan di bawah program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) iaitu kategori Bahasa Melayu Sekolah Rendah dan sekolah Menengah dan kategori Bahasa Inggeris Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.

Pelajar dari Sekolah Kebangsaan St Joseph, Miri, Sim Li Yan telah memenangi anugerah kategori Bahasa Melayu Sekolah Rendah manakala Gwen Angel Unoi Gulin dari Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung San, Miri, memenangi kategori Bahasa Inggeris Sekolah Rendah.

Dalam kategori sekolah menengah, bahasa Melayu dimenangi oleh Chris Alvin Terence dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Luke, Sri Aman manakala kategori bahasa Inggeris disandang oleh  Walter Jeremiah Law Shuo Wang dari SMK Batu Lintang, Kuching.

Kesemua pemenang menerima trofi dan sijil daripada Residen Bahagian Kota Samarahan, Brahim Lumpu, yang mewakili  Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang.

Sejumlah 44 pelajar dari 11 bahagian di Sarawak menyertai pertandingan peringkat negeri tahun ini.

NILAM merupakan satu usaha Kementerian Pendidikan untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cintakan budaya membaca dan budaya ilmu.

Program NILAM ini merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah.

-- BERNAMA

 

 
 

©2017 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel