English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Sabah
Ketua Menteri Sabah

Berita Sabah

October 06, 2017 16:42 PM

PPM Sandakan Tahan Juragan Bot Bawa Empat PATI

SANDAKAN, 6 Okt (Bernama) -- Pasukan Polis Marin (PPM) di sini menahan seorang juragan bot dan empat wanita warga Filipina ketika cuba masuk secara haram ke daerah ini di sungai Batu 3 dekat sini, semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Yazib Abdul Aziz berkata  juragan bot lelaki yang ditahan berusia 20 tahun, manakala empat wanita itu berusia di antara 14 hingga 38 tahun.

Katanya anggota PPM yang meronda di kawasan itu mengesan sebuah bot laju dan ketika hendak diperiksa, juragan bot itu enggan berhenti dan cuba melarikan diri.

Bot ronda PPM berjaya memintas bot laju itu dan menahan jurugan bot serta empat penumpangnya, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata di dalam beg sandang juragan bot laju itu, polis menjumpai di dalamnya wanga tunai RM350 dan 12,500 Peso disyaki hasil tambang membawa empat wanita warga Filipina itu.

Menurutnya juragan bot itu ditahan dibawah Seksyen 55A(1) Akta Imigresen 1959/1963, manakala empat wanita itu ditahan dibawah Seksyen 5 (2) akta yang sama.

-- BERNAMA

 
 

©2017 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel