English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Sabah
Ketua Menteri Sabah

Berita Sabah

October 06, 2017 00:12 AM

Lelaki Terima 33 Jahitan Kerana Tegur Penceroboh

TAWAU, 5 Okt (Bernama) -- Seorang Pengakap Kelana Sukarelawan menerima 33 jahitan dipercayai diserang selepas menegur tindakan empat lelaki membaling batu ke kawasan tapak perkhemahan dalam kejadian di luar pagar belakang Sekolah Kebangsaan Tanjong Batu Keramat di sini pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata Iskandar Alwi, 20, diserang kira-kira pukul 12.30 tengah malam dan berikutan itu mangsa menerima 19 jahitan di kepala, 10 jahitan di tangan kiri serta empat jahitan di tangan kanan.

Beliau berkata kejadian bermula pada Jumaat lepas kira-kira 11.30 malam apabila dua lelaki menceroboh masuk tapak perkhemahan di padang sekolah namun kedua-duanya melarikan diri selepas menyedari kehadiran seorang guru pengakap.

"Susulan itu guru besar mengarahkan rondaan dibuat bagi mengelak sebarang pencerobohan dan sewaktu guru-guru menjalankan rondaan, terdapat empat lelaki melepak di luar pagar sekolah telah membaling batu,"katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata Iskandar kemudian membawa keluar dua bilah parang bertujuan menegur tindakan empat lelaki berkenaan namun selepas lima minit, mangsa yang pergi sendirian telah cedera, dan guru-guru tidak melihat kejadian sebenar kerana kawasan terlalu gelap serta berjarak jauh.

Fadil berkata tindakan mangsa pergi sendirian itu dilarang oleh guru-guru lain kerana menunggu kehadiran polis, namun dia tidak mengendahkan larangan itu.

Berikutan itu, dua suspek warga Indonesia masing-masing berumur 20 tahun ditahan  pada Sabtu lepas dan mereka direman sehingga 13 Okt ini bagi membantu siasatan.

Polis, katanya, masih mencari dua lagi suspek berumur 20 tahun yang dikenali sebagai Ican dan Mohd Ridzwan atau Adik.

Beliau berkata kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan serta Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan jenayah dan mendatangkan cedera.

-- BERNAMA

 
 

©2017 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel