English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Sarawak
Ketua Menteri Sarawak

Berita Sarawak

October 05, 2017 18:35 PM

Ketua Wanita PRS Tidak Bercadang Jadi Calon PRU14

PAKAN (Sarawak), 5 Okt (Bernama) -- Ketua Wanita Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Seri Doris Sophia Brodie berkata beliau tidak bercadang atau bercita-cita menjadi calon dalam pilihan raya Parlimen akan datang.

Bagaimanapun, beliau berpendapat parti itu seharusnya mempertaruhkan sekurang-kurangnya seorang calon wanita di mana-mana enam kerusi parlimen pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

"Calon ini tidak semestinya saya sendiri oleh kerana kita tidak kekurangan calon wanita yang amat berkelayakan di kesemua kawasan parlimen ini," katanya pada mesyuarat agung tahunan PRS bahagian Pakan di sini semalam.

Doris berkata beliau menerima terlalu banyak pertanyaan daripada orang ramai yang ingin tahu sama ada beliau akan bertanding dalam pilihan raya umum kelak.

"Apabila saya melawat ke kawasan pilihan raya PRS di mana-mana sahaja, orang sering beranggapan yang saya sedang meninjau kerusi untuk diri saya sendiri.

"Malang sekali inilah harga yang perlu saya bayar selaku ahli politik. Lebih banyak anda aktif dalam politik, lebih banyak pergerakan anda diperhatikan umum," kata Doris, yang juga bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara,

Katanya, harapan beliau supaya kepimpinan pusat PRS mempertimbangkan lebih banyak wakil rakyat wanita Dayak bertujuan membalas peranan, dedikasi dan komitmen yang dilaksanakan mereka dalam memberi khidmat kepada rakyat seiring dengan wakil rakyat lelaki.

Menurut laporan, Presiden PRS  Tan Sri Dr James Masing telah menyerahkan senarai calon parti bagi PRU14 kepada ketua menteri sarawak dan perdana menteri.

Beliau turut mengumumkan nama empat calon iaitu Datuk Joseph Salang (Julau), Datuk Aaron Ago Dagang (Kanowit), Datuk Wilson Ugak Kumbong (Hulu Rajang) dan Datuk Masir Kujat (Sri Aman).

Masing, bagaimanapun, belum mengumumkan nama calon bagi dua lagi kerusi PRS, iaitu Selangau dan Lubok Antu.

Penyandang kerusi Selangau ialah Datuk Joseph Entulu Belaun, iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri manakala bagi kerusi Lubok Antu pula ialah Datuk William Nyallau Badak.

-- BERNAMA

 
 

©2017 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel