English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Sarawak
Ketua Menteri Sarawak

Berita Sarawak

October 05, 2017 16:19 PM

Dua Lelaki Mati Ditembak Di Sibu

SIBU, 5 OKT (Bernama) -- Dua lelaki mati ditembak penyerang tunggal di sebuah kafe di Lorong Pahlawan 7A2 di sini kira-kira 12.15 tengah hari ini.

Mangsa adalah seorang lelaki berusia 47 tahun dari Jalan Tekam di sini dan lelaki 21 tahun dari Song, Kapit.

Serangan berlaku ketika mereka sedang minum bersama seorang rakan wanita, difahamkan seorang warga China, di laluan pejalan kaki kafe berkenaan.

Penyerang terbabit, yang memakai topi keledar dan berjaket merah, menghampiri mereka bertiga, mengeluarkan sepucuk senjata api dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa dari jarak kira-kira lima meter.

Lelaki itu yang kemudiannya melarikan diri dengan sebuah motosikal yang diletak berhampiran, dipercayai menggunakan sepucuk pistol berdasarkan kelongsong peluru yang dijumpai di tempat kejadian.

Ketika mengesahkan perkara itu, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Amer Awal berkata sebuah pasukan petugas khas diwujudkan untuk menyiasat kes pembunuhan itu.

"Buat masa ini, terlalu awal untuk kami mendedahkan perkembangan terkini berhubung siasatan kes ini," katanya dalam satu kenyataan.

Amer meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes berkenaan, dan menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan menyeluruh.

-- BERNAMA

 
 

©2017 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel