English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Sarawak
Ketua Menteri Sarawak

Berita Sarawak

October 05, 2017 15:01 PM

FAS Antara 33 Agensi Sarawak Yang Sudah Tandatangani IBR

KUCHING, 5 Okt (Bernama) -- Sejumlah 33 jabatan dan agensi kerajaan termasuk Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) telah menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di negeri ini.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak Datuk Badrul Shah Norman berkata IBR merupakan inisiatif yang memberi penekanan kepada ikrar dan janji para kepimpinan organisasi dan warganya secara sukarela atas kapasiti sebagai individu.

"Hari ini Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sarawak menjadi agensi terkini yang menyahut seruan menandatangani IBR.

"Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, SPRM Sarawak amat berterima kasih kepada LKIM Sarawak kerana menandatangani IBR. Di samping majlis melafaz dan menandatangani IBR hari ini SPRM Sarawak telah membawa kempen keahlian Sahabat Gerakan Revolusi Antirasuah (Gerah)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan100 pegawai LKIM Sarawak diketuai Pengarah LKIM Sarawak Kusuadi Sallih melafazkan dan menandatangani IBR di sini hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Badrul Shah berkata tindakan LKIM Sarawak itu jelas memperlihatkan keikhlasan, komitmen kerja dan keinginan untuk berkhidmat dalam suasana kerja yang kondusif dan bebas daripada gejala rasuah demi menjalankan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat.

-- BERNAMA

 
 

©2017 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel