English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Sarawak
Ketua Menteri Sarawak

Berita Sarawak

October 05, 2017 12:15 PM

Sarawak Tingkatkan Usaha Tangani Jangkitan Hiv

KUCHING, 5 Okt  (Bernama) -- Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Masyarakat, Wanita, dan Pembangunan Keluarga Sarawak akan meningkatkan kerjasama dengan agensi berkaitan serta badan bukan kerajaan bagi menangani jangkitan HIV dalam kalangan rakyat negeri itu.

Menterinya Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata pihaknya perlu mencari pendekatan baharu dalam menangani isu tersebut yang kekal sebagai satu cabaran. 

Bagi menangani isu ini, amat penting untuk semua agensi berkaitan bekerjasama bagi mewujudkan satu pendekatan menyeluruh untuk mencegah serta menggalakkan saringan dan rawatan dalam kalangan rakyat, katanya.

Beliau berkata demikian semasa melakukan kunjungan hormat ke atas  Pengarah Serantau Program Bersama Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai HIV/AIDS Eamon Murphy di Bangkok, Thailand.

Teks kenyataan Fatimah dihantar kepada Bernama di sini hari ini.

Fatimah turut menekankan akan pentingnya pendekatan pragmatik dalam menangani isu itu selain mengurangkan stigma terhadap penghidap HIV.

-- BERNAMA

 

 
 

©2017 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel