English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Sarawak
Ketua Menteri Sarawak

Berita Sarawak

October 03, 2017 20:24 PM

20,000 Orang Dijangka Banjiri Festival Sebuyau

KUCHING, 3 Okt (Bernama) -- Kira-kira 20,000 orang dijangka membanjiri Festival Sebuyau yang akan berlangsung dari 27 hingga 29 Okt di pekan Sebuyau.

Menteri Muda Jalan Pesisir Sarawak Datuk Julaihi Narawi  berkata acara itu bertujuan untuk membangun dan mempromosi kawasan tersebut sebagai destinasi untuk sukan air melalui acara regatta, yang merupakan satu daripada acara utama festival.

Julaihi, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, berkata apa yang unik mengenai regatta ialah perlumbaan itu bermula dari Laut China Selatan ke Sungai Sebuyau.

Beliau berkata juara pertandingan akan merangkul Piala 'Raja Laut".

Beliau juga berkata terdapat juga gerai yang mempamerkan produk unik masyarakat tempatan seperti 'ikan terubok' dan makanan laut yang lain.

"Ini akan memberi peluang kepada penduduk tempatan menjalankan perniagaan dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan memperkenalkan produk yang tekenal di Sebuyau," kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan akan merasmikan festival itu pada 28 Okt sementara seorang lagi Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas akan merasmikan penutupan festival tersebut.

-- BERNAMA

 
 

©2017 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel