English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |

Warning: implode() [function.implode]: Invalid arguments passed in /www/htdocs/bernama/state_news/bm/news.php on line 22

Warning: implode() [function.implode]: Invalid arguments passed in /www/htdocs/bernama/state_news/bm/news.php on line 34



April 25, 2017 23:57 PM

LRT Terjejas: Operator Tidak Dikenakan Kompaun - Nancy 

KUALA LUMPUR,  25 April (Bernama) -- Kerajaan tidak bercadang mengenakan kompaun terhadap operator Perkhidmatan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya yang terjejas akibat gangguan bekalan elektrik pada September tahun lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata menghukum bukanlah satu-satunya cara menyelesaikan masalah itu. 

"Sebaliknya, SPAD (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat) berpandangan pihak operator berkenaan perlu melaksanakan semua langkah penambahbaikan bagi memastikan insiden sama tidak berulang," katanya semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Diraja pada Persidangan Dewan Negara hari ini.

Beliau mengulas cadangan beberapa anggota Dewan Negara yang meminta supaya operator perkhidmatan awam dikompaun sekiranya berlaku gangguan perkhidmatan sehingga memberi masalah kepada pengguna.

Nancy berkata SPAD juga sedia bekerjasama dengan operator untuk meningkat dan menambah baik kualiti perkhidmatan awam negara ini.

  Pada 9 Sept lepas,  perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya mengalami gangguan membabitkan laluan Setiawangsa-KLCC menyebabkan penumpang terperangkap di dalam tren selama 20 minit.

Dua hari sebelum itu, ribuan pengguna LRT terkandas berikutan masalah teknikal yang menyebabkan keseluruhan perkhidmatan dari laluan Gombak hingga Putrajaya terjejas sejak 7 pagi.

Siasatan awal Prasarana, pengendali perkhidmatan LRT, mendapati bekalan elektrik yang terputus mengakibatkan gangguan perkhidmatan berkenaan. 

Nancy turut mengulas mengenai penyediaan makanan dalam Electric Train Service (ETS) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dengan BRAHIM’S Holdings Bhd akan menyediakan perkhidmatan itu di atas gerabak ETS mulai Mei ini.

"Ia adalah antara usaha menambah baik pengoperasian kafe dalam ETS," katanya.

-- BERNAMA   

 
 

©2017 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel