English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Selangor
Kerajaan Negeri Sembilan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Perbadanan Putrajaya

Berita Tengah

March 20, 2017 10:07 AM

Nestle Malaysia Unjur Jualan RM1 Juta Dengan Rakan Kongsi Dalam Talian, Shopee

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Nestle Malaysia Bhd menyasar dapat mencatatkan jualan sebanyak RM1 juta melalui tawaran 14 jenama produk makanan dan minuman (F&B) menerusi rakan kongsi dalam talian, Shopee.

Dalam satu kenyataan bersama di sini Isnin, Nestle Malaysia berkata syarikat memilih Shopee, pasaran dalam talian No. 1 di Asia Tenggara dan Taiwan sebagai rakan kongsi membeli-belah dalam talian terkininya.

Ketua e-dagang Nestle Malaysia Joshua Zhu berkata saluran e-dagang merupakan jentera pertumbuhan paling kukuh di syarikat.

"Bersama-sama pengalaman membeli-belah unik Shopee, kami berharap dapat mewujudkan standard baharu melaluinya," kata beliau.

Syarikat menganggarkan perniagaan e-dagang akan mencecah RM500 juta tidak lama lagi.

Sementara itu, Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho, berkata Nestle menjadi jenama pilihan ramai tanpa mengira usia.

"Kami mahu pengguna gembira membeli-belah produk Nestle kegemaran mereka dengan mengubah kebiasaan membeli-belah kepada secara dalam talian sepenuhnya mengikut kemudahan masing-masing," katanya.

Setakat Mac 2017, Shopee mencatatkan nilai barangan kasar tahunan sebanyak US$2.5 bilion (US$1 = RM4.44), dengan lebih 100 juta penyenaraian produk di peringkat rantau.

-- BERNAMA

 
 

©2017 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel