English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Selangor
Kerajaan Negeri Sembilan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Perbadanan Putrajaya

Berita Tengah

March 16, 2017 11:53 AM

Mohamad Ucap Tahniah Kepada Pelajar SPM 2016 Negeri Sembilan


SEREMBAN, 16 Mac (Bernama) -- Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan mengucapkan tahniah kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 Negeri Sembilan yang berjaya meletakkan negeri itu di tangga kedua terbaik peringkat kebangsaan.

Beliau berkata sekolah-sekolah di negeri itu menunjukkan peningkatan yang amat baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 4.79 berbanding 4.90 pada 2015.

"Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sehingga hasrat kerajaan negeri untuk terus mencemerlangkan agenda pelajaran dapat direalisasikan.

"Tahniah kepada semua pelajar-pelajar yang berjaya, kepada semua ibu bapa dan penjaga dan syabas kepada semua warga pendidik yang bertungkus lumus dan tak pernah kenal erti jemu, terus dengan gigih mendidik anak bangsa," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mohamad turut mengucapkan tahniah kepada Kolej Tunku Kurshiah kerana muncul sekolah terbaik dalam kalangan Sekolah Berasrama Penuh di seluruh negara.

"Tahniah dan syabas juga kepada semua sekolah-sekolah agama yang mencapai keputusan yang amat baik dengan 11 buah sekolah agama di negeri ini mencapai kedudukan 20 buah sekolah terbaik keputusan SPM tahun ini.

"Keputusan sekolah-sekolah di luar bandar amat memberansangkan dan ini jelas menunjukkan bahawa sekolah-sekolah luar bandar juga mencapai kecemerlangan dalam prestasi mereka," katanya.

Sementara itu, daripada 15,129 calon di Negeri Sembilan, 85.8 peratus layak mendapat sijil berbanding 84.7 peratus pada 2015.

Daripada jumlah itu juga 499 mendapat semua A.

-- BERNAMA

 
 

©2017 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel