English Version

Utara Selatan Timur Tengah Sabah & Sarawak
| Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
Menu Utama
Laman Utama
Senarai Berita
Arkib Berita
Pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Perlis
Kerajaan Negeri Kedah
Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Kerajaan Negeri Perak

Berita Utara

June 05, 2013 14:13 PM

Mohd Puat Dan Khazali Din Suk Dan Pegawai Kewangan Negeri Kedah Yang Baharu


Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir (tengah) beramah mesra dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Mohd Puat Mohd Ali (kiri) dan Pegawai Kewangan Negeri Datuk Khazali Din (kanan) selepas pada Majlis Pengurniaan Tauliah Pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri Kedah di Istana Anak Bukit di sini hari ini.

ALOR SETAR, 5 Jun (Bernama) -- Pegawai Kewangan Negeri Kedah Datuk Mohd Puat Mohd Ali dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kedah yang baharu berkuatkuasa Jumaat ini, menggantikan Datuk Rasli Basir yang bersara.

Sementara itu, Timbalan SUK (Pembangunan) Datuk Khazali Din akan mengisi jawatan Pegawai Kewangan negeri.

Majlis pengurniaan tauliah pelantikan kedua-dua jawatan itu disempurnakan oleh Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit di sini hari ini.

Turut menyaksikan pengurniaan tauliah itu ialah tiga anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang lain dan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Mohd Puat, 59, yang berasal dari Yan memulakan kerjaya sebagai pegawai tadbir negeri pada 1978 sebelum dilantik memegang beberapa jawatan penting seperti penolong SUK, ketua penolong SUK, timbalan pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan ketua pegawai eksekutif Kedah Invesment Centre (KIC).

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian) dari Universiti Sains Malaysia pada 1978 dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam (Analisis Dasar dan Kewangan) dari The American University, Amerika Syarikat pada 1984.

Sepanjang beliau menerajui Perbendaharaan negeri, jabatan itu pernah diangugerahkan Anugerah Empat Bintang Audit Indeks Akauntibiliti oleh ketua audit negara selama tiga tahun berturut-turut.

Jabatan itu juga berjaya menghantar Penyata Kewangan Negeri tahun 2012 pada 31 Jan 2013 iaitu terawal dalam sejarah kerajaan negeri.

Khazali, 58, yang berasal dari Jitra, menyertai Perkhidmatan Tadbir Negeri pada 1 Jan 1980 dan pernah menyandang beberapa jawatan seperti penolong SUK, ketua penolong pegawai daerah Kota Setar, ketua penolong pengarah UPEN dan Datuk Bandar Alor Setar.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Pertadbiran Perniagaan dari Universiti Utara Malaysia (UUM).

Sementara itu, Mukhriz berkata pelantikan Mohd Puat dan Khazali diharap dapat membantu kerajaan negeri dalam usaha menjayakan pelbagai rancangan tranformasi di negeri ini.

Beliau yakin pasukan baharu yang terlibat secara langsung dalam pelbagai program kerajaan negeri akan mampu mencapai apa yang dirancangkan.

-- BERNAMA

 

©2014 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel