English Version

Utara Selatan Timur Tengah Sabah & Sarawak
| Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
Menu Utama
Laman Utama
Senarai Berita
Arkib Berita
Pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Perlis
Kerajaan Negeri Kedah
Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Kerajaan Negeri Perak

Berita Utara

August 30, 2012 19:20 PM

UniMAP Wujudkan Dua Lagi Kampus Cawangan Di Pagoh Dan Kulim

KULIM, 30 Ogos (Bernama) -- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan menubuhkan dua lagi kampus cawangan di Pagoh, Johor dan Kulim Hitech Park, di sini tidak lama lagi.

Naib Canselornya Prof Datuk Dr Kamaruddin Hussin berkata kampus cawangan di Pagoh telah mendapat persetujuan Kementerian Pengajian Tinggi dan tapaknya juga sudah dikenal pasti.

Beliau berkata projek pembinaan kampus di Pagoh itu akan bermula awal tahun depan dengan pemaju utamanya adalah Sime Darby Bhd.

"Bagi cawangan di Kulim pula pihak kami telah pun berunding dengan Presiden Kulim Technology Park Corporation (KTPC) Mohammad Sobri Othman untuk mendapat satu tapak yang sesuai untuk bangunan universiti dalam tempoh terdekat," katanya kepada pemberita selepas majlis Jamuan Hari Raya UniMAP-Industri di Anjung UniMAP di sini Khamis.

Hampir 500 pekerja industri di sini hadir pada majlis itu.



-- BERNAMA

 

©2014 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel