English Version

Utara Selatan Timur Tengah Sabah & Sarawak
| Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
Menu Utama
Laman Utama
Senarai Berita
Arkib Berita
Pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Perlis
Kerajaan Negeri Kedah
Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Kerajaan Negeri Perak

Berita Utara

April 28, 2012 15:09 PM

Pertandingan Sketsa Rukun Negara Kelab 1malaysia Martabat B.melayu

ALOR SETAR, 28 April (Bernama) -- Pertandingan Sketsa Rukun Negara Kelab 1Malaysia bukan sahaja memupuk pemahaman terhadap lima perkara dalam Rukun Negara malah secara tidak langsung turut memartabatkan Bahasa Melayu (BM).

Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata penggunaan BM sebagai medium dalam setiap persembahan memantapkan lagi penguasaan peserta di samping memupuk semangat cintakan bahasa kebangsaan.

"Kalau kita tidak berhati-hati, bahasa kita (BM) akan hilang. Dengan usaha ini, bahasa Melayu akan dapat dimartabatkan di samping menerapkan rasa cinta pada Rukun Negara.

"Dan tanpa adanya Rukun Negara, kita tidak akan dapat mempertahankan keharmonian negara berbilang bangsa," katanya kita berucap pada majlis perasmian pertandingan Sketsa Rukun Negara Kelab 1Malaysia peringkat negeri di sini hari ini.

Dalam pertandingan itu sebanyak 10 buah sekolah terpilih mewakili setiap daerah untuk berentap merebut gelaran juara yang sekaligus melayakkan mereka mewakili Kedah ke pertandingan peringkat kebangsaan.

-- BERNAMA

 

©2014 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel