English Version

Utara Selatan Timur Tengah Sabah & Sarawak
| Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
Menu Utama
Laman Utama
Senarai Berita
Arkib Berita
Pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Perlis
Kerajaan Negeri Kedah
Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Kerajaan Negeri Perak

Berita Utara

April 17, 2012 19:32 PM

Kerajaan Negeri Didakwa Politikkan Bantuan Sekolah

GEORGE TOWN, 17 April (Bernama) -- Kerajaan negeri Pulau Pinang Selasa diselar kerana mempolitikkan pemberian bantuan Skim Pelajar Emas apabila pemohon disyaratkan menyerah borang bantuan kepada pejabat-pejabat wakil rakyat pakatan pembangkang.

Presiden Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM), Aminah Abdullah berkata borang bantuan yang diedarkan di sekolah rendah dan menengah mulai semalam itu terhad untuk pelajar pelajar Tahun 1, Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

Skim Pelajar Emas yang memperuntukkan RM100 kepada setiap pelajar sebagai bantuan kepada murid darjah 1, darjah 4, tingkatan 1 dan tingkatan 4.

"Jika hendak beri bantuan kenapa mesti memilih. Ini bantuan untuk pelajar sekolah, lebih baik jika borang ini diserahkan kepada pentadbiran sekolah untuk dinilai sama ada layak atau tidak," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau yang juga Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat negeri berkata ibu bapa pemohon juga perlu mengisi maklumat kawasan Adun dan Parlimen masing-masing pada borang itu disamping wajib menjadi pemilih berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di negeri ini bagi membolehkan permohonan mereka diproses.

-- BERNAMA

 

©2014 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel