English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Perlis
Kerajaan Negeri Kedah
Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Kerajaan Negeri Perak

Berita Utara

February 09, 2018 18:40 PM

Kelindan Lori Dihukum Gantung Sampai Mati Edar Dadah


IPOH, 9 Feb (Bernama) -- Seorang kelindan lori dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas disabitkan kesalahan mengedar dua jenis dadah berbahaya dua tahun lalu.

Tertuduh S. Pragasam, 30, turut dihukum penjara lapan tahun bagi kesalahan memiliki dadah jenis Methampetamin seberat 36.6 gram.

Pesuruhjaya Kehakiman Anselm Charles Fernandis menjatuhkan hukuman tersebut terhadap tertuduh selepas pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Pragasam dituduh mengedar 101.2 gram heroin dan 8.9 gram Monoacetylmorphines serta memiliki dadah Methampetamin seberat 36.6 gram di Taman Puteri Lindungan di sini, pada 11 Mei 2016, kira-kira 7.30 malam.

Bagi tuduhan mengedar dadah, Pragasam dituduh di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati.

Bagi tuduhan memiliki dadah pula, Pragasam didakwa mengikut Seksyen 12(2) ADB 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(2)(r) akta sama, yang boleh dihukum penjara seumur hidup atau tidak kurang daripada lima tahun dan sebatan tidak kurang daripada 10 kali.

Terdahulu, Anselm berkata mahkamah membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan kedua-dua hukuman itu sehingga rayuan difailkan di Mahkamah Rayuan.

Katanya mahkamah juga mengecualikan hukuman sebat ke atas tertuduh bagi pertuduhan memiliki dadah dengan mengambil kira peruntukan Seksyen 289 (b) Kanun Acara Jenayah yang melarang sebatan dikenakan ke atas pesalah lelaki yang dijatuhkan hukuman gantung.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kenneth Oon Kork Chern manakala tertuduh diwakili peguam Ranjit Gill.

-- BERNAMA

 
 

©2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel