English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Perlis
Kerajaan Negeri Kedah
Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Kerajaan Negeri Perak

Berita Utara

February 09, 2018 15:51 PM

5,000 Dijangka Hadir Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Perak

BIDOR, 9 Feb (Bernama) -- Seramai 5,000 pengunjung dijangka mengunjungi Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2018 peringkat negeri Perak di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Choong Hua 2 di sini, 25 Feb depan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi dan Kampung Baru negeri Datuk Dr Mah Hang Soon berkata pelbagai acara menarik diadakan sepanjang program itu yang akan bermula 7 malam.

Beliau berkata Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim dijangka berkenan berangkat ke majlis itu.

"Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan kepimpinan kerajaan negeri turut dijangka hadir ke majlis itu yang bertujuan meraikan masyarakat Tionghua di sekitar daerah Batang Padang serta kawasan yang berhampiran," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mah yang juga Pengerusi MCA negeri berkata pertunjukan kaligrafi Cina, persembahan tarian singa dan naga serta pelbagai juadah makanan turut disediakan untuk pengunjung pada malam berkenaan.

Tambah beliau, perkhidmatan bas ulang alik turut disediakan untuk kemudahan pengunjung yang hadir.

-- BERNAMA

 
 

©2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel