English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Perlis
Kerajaan Negeri Kedah
Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Kerajaan Negeri Perak

Berita Utara

February 08, 2018 23:00 PM

Lebih 300 Belia Di Perlis Daftar 1MPAK, Rebut Peluang Kerja

KANGAR, 8 Feb (Bernama) -- Lebih 300 belia mendaftar pada program Jelajah Inisiatif Melestari Pembangunan Komuniti (1MPAK) anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi merebut pelbagai peluang pekerjaan di sini, hari ini.

Pengarah Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA, Mahzan Teh berkata pada program itu 70 syarikat pelbagai bidang menawarkan peluang pekerjaan kepada golongan belia terutama dari kawasan luar bandar.

Katanya antara syarikat yang terlibat pada jelajah itu ialah Strand Aerospace Malaysia Sdn Bhd, CTRM Aero Composite Sdn Bhd dan DRB-Hicom University of Automotive Malaysia.

"Pada program jelajah yang keempat selepas Jerantut, Pahang ini turut mendapat sambutan dengan kehadiran kira-kira 2,500 orang pengunjung yang terdiri daripada pelbagai sektor termasuk pelajar-pelajar sekolah serta para usahawan," katanya kepada pemberita pada program itu di sini, hari ini.

Mahzan berkata 1MPAK dijangka mampu menawarkan peluang pekerjaan kepada kira-kira 250,000 golongan belia dalam tempoh 10 tahun dan melahirkan pekerja industri berkemahiran tinggi serta profesional.

-- BERNAMA

 
 

©2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel