English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Perlis
Kerajaan Negeri Kedah
Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Kerajaan Negeri Perak

Berita Utara

February 08, 2018 16:48 PM

Tiga Jalan Di Perlis Dikenal Pasti Kerap Berlaku Kemalangan - JKJR

PADANG BESAR, 8 Feb (Bernama) -- Tiga jalan utama di Perlis dikenal pasti sebagai kawasan paling kerap berlaku kemalangan, kata Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Perlis, P. Kalai Kumar.

Beliau berkata jalan itu ialah Jalan Kangar-Alor Setar, Jalan Kangar-Padang Besar dan Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis yang sering merekodkan peratus kemalangan dan kematian tertinggi di negeri ini.

Katanya, menurut statistik Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perlis, sebanyak 68 kemalangan melibatkan kematian dicatatkan pada 2017, berbanding tahun sebelum itu sebanyak 70 kes.

"Kebiasaannya kemalangan membabitkan penunggang serta pembonceng motosikal dan kadar kematian boleh dikurangkan dengan mematuhi peraturan jalan raya seperti memakai topi keledar," katanya kepada pemberita pada pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baharu Cina 2018 peringkat negeri di sini, hari ini.

Pada program itu, pelbagai aktiviti diadakan antaranya penerangan tentang perjalanan selamat, inisiatif tentang keselamatan jalan raya (pelekat pemantul cahaya), penukaran topi keledar lama kepada baharu dan sumbangan topi keledar kanak-kanak.

Sementara itu, Ketua JSPT Perlis DSP Rusli Yahya berkata sebanyak 1,924 kemalangan direkodkan pada 2017 berbanding 2,064 kes pada 2016 dan ini menunjukkan penurunan sebanyak 140 kes.

Jumlah saman yang dikeluarkan pula menunjukkan peningkatan, iaitu sebanyak 51,098 pada 2017 berbanding 42,528 pada 2016, katanya.

-- BERNAMA

 
 

©2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel