English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Perlis
Kerajaan Negeri Kedah
Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Kerajaan Negeri Perak

Berita Utara

January 03, 2018 22:08 PM

Heroin Bernilai RM35,000 Dirampas Di Langkawi

LANGKAWI, 3 Jan (Bernama) -- Polis Langkawi mencatat kejayaan besar yang pertama bagi mereka tahun ini apabila merampas bahan seberat 1.13kg disyaki heroin dengan anggaran nilai kasar RM35,000 daripada dua remaja yang ditahan awal hari ini.

Remaja terbabit, masing-masing berusia 19 dan 23 tahun, sedang menunggang motosikal apabila mereka ditahan oleh sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik berhampiran sebuah restoran makanan segera di sini kira-kira 12 tengah malam tadi, kata Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Che Ghazali Che Awang.

"Sungguhpun suspek cuba melawan, mereka akhirnya berjaya ditahan dan pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan sebuah beg plastik hitam kepunyaan mereka, yang mengandungi bahan dipercayai heroin," katanya.

Ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah methamphetamine dan mereka kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

"Siasatan awal kami mendapati selain daripada untuk kegunaan sendiri, suspek juga cuba mengedar dadah itu di sekitar Langkawi," katanya.

-- BERNAMA

 
 

©2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel