English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Perlis
Kerajaan Negeri Kedah
Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Kerajaan Negeri Perak

Berita Utara

January 03, 2018 20:30 PM

Pesakit Pundi Kencing Mengecut Terharu Terima Sumbangan

KUALA NERANG, 3 Jan (Bernama) -- Seorang wanita di Kampung Keda Bukit Ular di sini, yang menghidap penyakit saluran pundi kencing mengecut, menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga negeri Datuk Badrol Hisham Hashim hari ini.

Nurul Amni Yahya, 23, yang disahkan menghidap penyakit itu pada 13 Dis lalu, terpaksa menangguhkan pekerjaannya sebagai Sukarelawan Simpanan Polis (SSP) Polis Diraja Malaysia di Kepala Batas, Pulau Pinang, akibat kekangan untuk banyak bergerak.

"Sejak tiga tahun lepas saya selalu sakit di bahagian perut dan apabila pergi ke klinik hanya diberikan ubat biasa. Pada awal Disember lalu, saya rasa sakit yang mencucuk di bahagian perut dan dibawa ke klinik di Pokok Sena oleh keluarga sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah.

"Hasil pemeriksaan, doktor maklumkan bahawa saluran pundi kencing saya sudah mengecut dan perlu dipasang tiub dan beg kencing bagi membolehkan saya membuang air kencing dengan lebih mudah," katanya kepada Bernama di rumahnya.

Katanya, dia perlu memakai tiub dan beg kencing tersebut setiap hari sebelum berjumpa doktor pakar pada Mac nanti untuk mengetahui keadaan penyakitnya dengan lebih lanjut.

Nurul Amni berkata dia yang kini tidak boleh bekerja hanya duduk di rumah sambil membantu ibunya, Norkiahwati Bakar, 46, membuat tempahan kuih rempeyek bersama seorang lagi adik lelakinya yang berumur 17 tahun.

Terdahulu, Badrol Hisham yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Nerang, menyampaikan sumbangan berbentuk wang dan Bantuan Rakyat Kedah (Barakah) kepada Nurul Amni serta 24 individu lain pada Program Ziarah Kasih di enam kampung di sekitar Kuala Nerang.

"Program ini dijalankan secara berkala bagi membantu golongan yang memerlukan di mana saya turut membawa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah untuk mengambil maklumat penerima yang ingin memohon bantuan daripada pihak JKM," katanya.

Badrol Hisham kemudiannya menziarah ulamak tersohor yang juga Pengasas Madrasah Ahmadiah Padang Terap, Datuk Ahmad Muhammad Nor, 92, atau lebih dikenali Tuan Guru Pak Teh Mad, yang kurang sihat, dan menyampaikan sumbangan.

-- BERNAMA

 
 

©2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel