English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Perlis
Kerajaan Negeri Kedah
Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Kerajaan Negeri Perak

Berita Utara

November 19, 2017 11:56 AM

Bot Karam Di Tasik Raban, Dua Pemancing Hilang


Tasik Raban

IPOH, 19 Nov (Bernama) -- Polis telah mengenal pasti dua pemancing hilang setelah bot mereka karam ketika memancing di Tasik Raban, di Lenggong.

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Ismail Che Isa berkata kedua-dua mangsa dikenali sebagai Muhammad Faliq Fadzil, 26, dan Amirul Asyraf Abdullah, 24, dari Taman Kuala Kangsar, Kuala Kangsar.

Beliau berkata kedua-dua mangsa telah menyewa bot di Tropical Outdoor Pursuit Center Tasik Raban, Lenggong untuk pergi memancing di kawasan Tasik Raban yang berdekatan dengan Kampung Kelantan pada pukul 8 pagi semalam.

Katanya, penduduk kampung di situ terjumpa bot yg dinaiki oleh mangsa yang karam.

"Pengadu (pemilik bot) bersama orang kampung telah mencari kedua-dua mangsa di sekitar kawasan darat dan air sehingga pukul 7 malam namun mangsa gagal dikesan. 

"Pengadu telah membuat laporan polis di Balai Polis Lenggong pada pukul 8.36 malam tadi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ismail berkata pasukan mencari seramai 22 anggota daripada polis, bomba dan Rela telah dibentuk bagi usaha mengesan mangsa di lokasi yang diberitahu oleh saksi.

Beliau berkata pasukan pencarian telah dijalankan sehingga mangsa dapat dikesan dan perkembangan lanjut akan dimaklum kemudian.

-- BERNAMA

 
 

©2017 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel