English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Perlis
Kerajaan Negeri Kedah
Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Kerajaan Negeri Perak

Berita Utara

November 10, 2017 17:22 PM

Kerja Baik Pulih Dua Lokasi Tangki Seberang Perai Tengah Dimulakan

GEORGE TOWN, 10 Nov (Bernama) -- Kerja membaik pulih dua lokasi tangki konkrit di Seberang Perai  Tengah yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh dan pergerakan tanah ketika banjir di negeri ini, akan dilakukan segera bagi memastikan  keselamatan awam dan bekalan air yang berterusan.

Dua tangki terlibat ialah tangki air di Taman Aman Bukit di Bukit Tengah dan di Taman Seri Remia, Bukit  Mertajam.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) Datuk Jaseni Maidinsa berkata lokasi kedua-dua tangki itu memerlukan penyelenggaraan segera.

"Tanah runtuh berlaku kira-kira dua meter di luar pagar Tangki Air Bertingkat Taman Tanah Aman di Bukit Tengah manakala hakisan tanah telah menggerakkan dinding penahan dan menyebabkan keretakan di atas tanah tangki air bertingkat Taman Seri Remia di Bukit Mertajam," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata sebagai langkah berjaga-jaga, pihaknya telah menurunkan 50 peratus daripada jumlah simpanan air di tangki itu bagi mengurangkan beban struktur  manakala pihak pemaju telah menutup kawasan tanah runtuh dengan plastik pelindung untuk mengurangkan risiko tanah runtuh yang lain.

"Disebabkan perkara ini perlu ditangani segera, Majlis Perbandaran Seberang Perai telah bersetuju untuk melaksanakan kerja-kerja ini dengan cepat. 

"PBAPP akan memastikan kerja-kerja yang sesuai dilaksanakan di Taman Tanah Aman dan Taman Seri Remia demi kepentingan keselamatan awam dan bekalan air yang berterusan bagi penduduk di kawasan itu," katanya.

-- BERNAMA

 
 

©2017 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel