English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Perlis
Kerajaan Negeri Kedah
Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Kerajaan Negeri Perak

Berita Utara

October 07, 2017 16:27 PM

Kanak-Kanak Tiga Tahun Maut Digilis Lori

KEPALA BATAS, 7 Okt (Bernama) -- Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut digilis lori ikan apabila motosikal bapanya yang diparkir di bahu jalan di sebuah kedai runcit di Jalan Penaga di sini dilanggar lori terbabit tengah hari tadi.

Bapa kanak-kanak itu Roslan Ismail, 44, berkata anaknya Muhammad Amar Danish maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

"Kami baru tiba di kedai runcit untuk membeli peralatan mesin rumput. Ketika saya nak turunkan anak saya yang duduk di dalam raga motosikal saya, tiba-tiba sebuah lori melanggar motosikal saya menyebabkan kami berdua terjatuh.

"Anak saya terjatuh ke atas jalan  raya sebelum digilis tayar belakang lori berkenaan," katanya kepada pemberita di Bilik Mayat Hospital Kepala Batas.

Beliau berkata pada mulanya beliau tidak mahu membawa anak kelima  dari tujuh beradik itu ke kedai, namun anaknya tetap berkeras untuk mengikutnya.

Kira-kira 30 anggota keluarga kanak-kanak itu memenuhi perkarangan bilik mayat tersebut.

Jenazah Muhammad Amar Danish akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Permatang Tok Gelam.

Sementara itu Ketua Polis  Daerah Seberang Perai Utara, Pemangku ACP Noorzainy Mohd Noor mengesahkan kejadian itu.

"Kejadian disyaki  berlaku apabila sebuah lori dari arah Bakar Kapor, Penaga telah bergesel dengan sebelah kanan motosikal mangsa dan menyebabkan mangsa dan anaknya terjatuh di jalan raya, akibat dari tersangkut pada mesin rumput yang diletakkan di 'carrier' motosikal sehingga mengakibatkan anak mangsa digilis lori tersebut," katanya.

-- BERNAMA

 
 

©2017 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel