English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Perlis
Kerajaan Negeri Kedah
Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Kerajaan Negeri Perak

Berita Utara

October 07, 2017 15:59 PM

Peniaga Kecil Bumiputera Berisiko Hilang Bantuan Jika Kerajaan Bertukar

LANGKAWI, 7 Okt (Bernama) -- Kerajaan persekutuan dan negeri sentiasa memberikan tumpuan khusus ​bagi memastikan golongan peniaga kecil Bumiputera mendapat peluang secukupnya untuk memajukan diri.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelancongan dan Warisan dan Kerja Raya Kedah, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid berkata justeru, golongan peniaga kecil ini khususnya di Langkawi perlu terus mengukuhkan sokongan mereka kepada kerajaan sedia ada.

"Golongan peniaga kecil Bumiputera berisiko kehilangan peluang mendapat bantuan sekiranya kerajaan sedia ada tidak lagi memerintah negara ini. Parti-parti lain yang bercita-cita untuk memerintah sudah merancang untuk tidak meneruskan program bantuan yang dilaksanakan kerajaan sekarang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah merasmikan Program Himpunan Usahawan Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di sini hari ini.

Menurutnya, AIM adalah antara organisasi yang diamanahkan oleh kerajaan untuk menyalurkan bantuan kepada golongan peniaga kecil Bumiputera dan ia telah berjaya memainkan peranan berkesan membantu golongan ini.

-- BERNAMA

 
 

©2017 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel