English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Perlis
Kerajaan Negeri Kedah
Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Kerajaan Negeri Perak

Berita Utara

September 12, 2017 23:12 PM

PR1MA Rancang Dua Perbandaran Baharu Di Pulau Pinang, Perak

PETALING JAYA, 12 Sept (Bernama) -- Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) merancang untuk membangunkan dua perbandaran baharu, masing-masing di Teluk Kumbar, Pulau Pinang dan Teluk Intan, Perak.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Abdul Mutalib Alias berkata perbandaran di Teluk Intan dijangka dibangunkan di atas kawasan seluas 56.8 hektar merangkumi pembangunan bercampur komersial dan kediaman, manakala di Teluk Kumbar pula dirancang di atas kawasan seluas 44.2 hektar. 

"Kami sedang menunggu kelulusan daripada kerajaan negeri yang berkenaan," katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Terdahulu Abdul Mutalib mewakili PR1MA menandatangani memorandum perjanjian dengan Institut Perancang Malaysia (MIP) yang diwakili Presidennya Ihsan Zainal Mokhtar bagi memulakan Pertandingan Idea Perbandaran PR1MA-MIP 2017/2018.

Bertemakan 'Youth in Community: Why I See', pertandingan mempelawa belia, siswazah muda dan firma perancang baharu untuk menghasilkan perbandaran yang dapat meningkatkan semangat masyarakat dalam pembangunan yang dirancang baik,  lestari dan berdaya tahan.

"PR1MA percaya golongan muda memainkan peranan penting dalam masyarakat. Pertandingan ini akan membolehkan mereka menterjemahkan aspirasi mereka dalam reka bentuk yang bukan sahaja mencerminkan keperluan serta minat mereka tetapi juga peranan golongan itu dalam masyarakat," katanya.

Pertandingan itu menawarkan hadiah wang tunai lebih RM100,000 dan maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman sesawang PR1MA di https://www.pr1ma.my/.

-- BERNAMA

 
 

©2017 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel