English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Perlis
Kerajaan Negeri Kedah
Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Kerajaan Negeri Perak

Berita Utara

July 05, 2017 19:46 PM

Festival Sastera George Town 2017 Berlangsung Pada November

GEORGE TOWN, 5 Julai (Bernama) -- Edisi ketujuh Festival Sastera George Town 2017 bertemakan 'Monsters Against (Im) Mortals' akan berlangsung dari 24 hingga 26 Nov di sini.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata festival itu telah berkembang menjadi festival sastera antarabangsa terbesar dan dinanti-nantikan di Malaysia dengan komitmen unik bagi kebebasan bersuara dan tumpuan khusus mengenai sastera dunia.

"Sejak 2011, festival tersebut berwawasan untuk menggalakkan seni sastera berkembang secara bebas di Pulau Pinang dan memberi peluang kepada penulis dan penyair untuk berkongsi ungkapan dan penonton melibatkan diri dan mempunyai inspirasi," kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan edisi ketujuh Festival Sastera Pulau Pinang 2017 di Panggung Majestic hari ini.

Beliau berkata festival tersebut terus memberi penerangan  mengenai kekayaan sejarah dan warisan negeri ini.

Beliau berkata festival tersebut merupakan festival sastera antarabangsa yang terbesar di negara ini dan disokong serta dibiayai oleh kerajaan negeri.

"Festival yang terus diadakan secara percuma dan terbuka kepada  orang ramai, kecuali bengkel penulisan bakal menjadi festival yang dinanti-nantikan di rantau ini," kata beliau.

Disenarai pendek bagi Anugerah Sastera Terbaik oleh Pesta Buku London pada 2017, festival tahun  ini akan menampilkan Bernice Chauly mengambil alih sebagai Pengarah Festival.

-- BERNAMA

 
 

©2017 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel