English Version

Utara Selatan Timur Tengah Sabah & Sarawak
| Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
Menu Utama
Laman Utama
Senarai Berita
Arkib Berita
Pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Selangor
Kerajaan Negeri Sembilan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Perbadanan Putrajaya

Berita Tengah

March 11, 2011 00:13 AM

Ahmad Farhan, Farah Nabilah Juarai Hafaz Al-Quran Selangor

SHAH ALAM, 11 Mac (Bernama) -- Ahmad Farhan Ahmad dan Farah Nabilah Amindin muncul johan bagi kategori lelaki dan perempuan pertandingan menghafaz Al-Quran peringkat negeri Selangor tahun ini.

Mereka yang menjuarai tahap 1 hingga 30 juzuk, masing-masing menerima hadiah wang tunai RM5,000, pakej mengerjakan umrah, piala iringan, sepersalinan pakaian dan sijil penyertaan.

Ahmad Farhan, 23, dari daerah Hulu Selangor, merupakan penuntut lepasan Diploma Darul Quran di Kuala Kubu Baru dalam bidang Qiraat (pembacaan Al-Quran), dan bercita-cita menyambung pengajian di Mesir.

Farah Nabilah Amindin, 16, dari daerah Gombak, pula adalah pelajar tingkatan empat Maahad Tahfiz Itqaan di Ampang dan beliau menjuarai kategori Juzuk 1-20 tahun lepas.

Bagi kategori juzuk 1 hingga 20, wakil daerah Klang Abdul Wafi Azzahri Sinwan muncul juara kategori lelaki manakala Siti Farhana Zainuddin dari daerah sama bagi kategori perempuan.

Mereka membawa pulang wang tunai RM4,000, pakej umrah, piala iringan, sepersalinan pakaian dan sijil.

Kategori juzuk 1 hingga 10 pula dijuarai Muhammad Al Nawawi Burhan dari daerah Petaling dan Ainul Mardiah Md Pakhrurrazi dari daerah Hulu Langat yang menerima wang tunai RM3,000, piala iringan, sepersalinan pakaian serta sijil.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang dengan diiringi Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Seramai 44 peserta dari sembilan daerah memperdengarkan hafazan tahun ini.

Juara bakal mewakili Selangor ke pertandingan hafazan peringkat kebangsaan di Pahang dari 4 hingga 8 April ini.

-- BERNAMA

 

©2014 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel