English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Selangor
Kerajaan Negeri Sembilan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Perbadanan Putrajaya

Berita Tengah

February 09, 2018 16:29 PM

Jurujual Didakwa Sembunyi Wang Suri Rumah Lebih RM700,000

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Seorang jurujual jualan langsung mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas lima pertuduhan menolong menyembunyikan wang berjumlah RM723,938 kepunyaan seorang suri rumah yang dimasukkan ke dalam akaun miliknya, akhir bulan lepas.

Yek Kee Siew, 45, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Dr Gan Chee Keong selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua ,bapa kepada tiga orang anak itu didakwa telah menolong menyembunyikan wang RM132,287 dan RM123,120 milik Teo Hwee Kheng, 61, yang dimasukkan ke dalam akaun miliknya (tertuduh).

Tertuduh yang diwakili peguam M. Navamani juga menghadapi tiga lagi pertuduhan menyembunyikan wang iaitu RM139,991, RM169,956 dan RM158,584 milik mangsa sama.

Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di beberapa bank termasuk Hong Leong Bank di Jalan Radin Tengah, Sri Petaling, Brickfields, CIMB Scott Garden di Sri Petaling, Brickfields dan RHB Bank di Jalan Mega Mendung, Brickfields, pada 29 dan 30 Jan 2018.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin dengan beberapa syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap dua minggu sekali.

Dia juga diperintahkan menyerahkan pasport kepada mahkamah, tidak mendekati saksi dan perlu datang ke mahkamah tepat 9 pagi setiap kali prosiding.

Mahkamah menetapkan 26 Feb untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Farith Muhamad Faizal.

-- BERNAMA

 
 

©2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel