English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Selangor
Kerajaan Negeri Sembilan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Perbadanan Putrajaya

Berita Tengah

February 08, 2018 20:08 PM

Malaysia Airlines Diarah Selesaikan Masalah Susun Atur Tempat Duduk Pesawat A350-900

SEPANG, 8 Feb (Bernama) -- Malaysia Airlines Bhd (MAB) telah diarahkan untuk menyelesaikan masalah susun atur tempat duduk dan tandas di kelas perniagaan dalam pesawat Airbus A350-900XWB, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata pihaknya menerima beberapa rungutan dan aduan penumpang mengenai tempat duduk yang tidak selesa dan tandas tidak mencukupi di kelas perniagaan penerbangan itu.

Menurutnya, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet semalam.

"Saya telah mengarahkan MAB untuk mengendalikan aduan ini secepat mungkin agar keselesaan penumpangan sentiasa terjamin dan diutamakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Fasa Dua Pusat Membeli-Belah Mitsui Outlet Park di sini hari ini.

MAB akan menerima enam pesawat A350-900 itu secara berperingkat menerusi pajakan daripada Air Lease Corp MAB menerima pesawat pertama Airbus A350-900XWB itu pada 30 Nov lepas.

Pesawat itu memiliki 286 tempat duduk dengan tiga kelas, yang terdiri daripada empat tempat duduk kelas pertama, 35 tempat duduk kelas perniagaan dan 247 tempat duduk kelas ekonomi.

Liow berkata MAB tidak diberi tempoh masa untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

"Terpulang kepada mereka untuk menangani isu ini termasuk menjalankan siasatan dalaman berhubung aduan itu," katanya.

-- BERNAMA

 
 

©2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel