English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Selangor
Kerajaan Negeri Sembilan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Perbadanan Putrajaya

Berita Tengah

November 19, 2017 17:33 PM

Pembangunan Semula Port Dickson Wujud Pekerjaan Berpendapatan Tinggi

SEREMBAN, 19 Nov (Bernama) -- Pembangunan semula Port Dickson sebagai bandaraya vibran yang baharu akan memastikan golongan belia dan penduduk tempatan bekerja dalam sektor yang menjana pendapatan tinggi.

Timbalan Ketua Pemuda MIC Kebangsaan R. Thinalan berkata projek penambakan ke arah memastikan pekerjaan berpendapatan tinggi disediakan adalah langkah yang dialu-alukan bagi penduduk Port Dickson dan Negeri Sembilan. 

"Langkah kerajaan Negeri Sembilan menjalankan kerja-kerja tebus guna tanah di Port Dickson untuk tujuan pembangunan adalah sesuatu yang dialu-alukan dan dipuji. 

"Bagi penduduk Port Dickson, seseorang tidak perlu berhijrah ke bandar-bandar lain untuk mencari kerja bagi pekerjaan bergaji tinggi. Oleh kerana kos sara hidup yang rendah di luar Lembah Klang, adalah langkah bijak untuk mengekalkan bakat tempatan untuk menyumbang bagi membangunkan lagi Port Dickson," kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Beliau berkata seperti yang kita semua tahu, dan seperti kebanyakan bandar pesisir yang lain, Port Dickson hanya berkembang maju pada hujung minggu dan ini perlu diubah.

"Terdapat juga migrasi keluar dari Port Dickson ke Kuala Lumpur dan bandar lain bagi kebanyakan belia. Oleh itu, inisiatif Lembah Wawasan Malaysia (MVV) akan memastikan golongan belia dan penduduk tempatan Port Dickson bekerja dalam sektor yang menjana pendapatan tinggi.

"Justeru, negeri ini telah menyaksikan pembangunan yang belum pernah berlaku sebelum ini melalui pendekatan berwawasan untuk melengkapkan rancangan Lembah Klang yang lebih besar di bawah bimbingan Menteri Besar Negeri Sembilan. 

Beliau juga mencadangkan supaya kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri menjadikan semula Port Dickson sebagai destinasi kesihatan dan kesejahteraan dengan insentif cukai dan bajet tambahan daripada Tourism Malaysia. 

"Ini untuk meletakkan Port Dickson sebagai destinasi pelancongan di Malaysia yang harus dikunjungi, setanding dengan resort pantai timur di Terengganu, Kelantan dan Borneo. 

Beliau berkata, sudah tiba masanya untuk penduduk Port Dickson menilai semula prestasi penyandang wakil rakyat Pakatan Harapan di Port Dickson sejak 2008. 

"Pembangunan di Port Dickson agak lembap dan perlahan. Ia tentu memerlukan kepimpinan yang dinamik dan hebat untuk melakukan pendekatan yang berani untuk mengatasi cabaran-cabaran sosiao ekonomi semasa. 

"Kita tidak memerlukan wakil rakyat yang mempamerkan status VIP ke sana ke mari memotong reben. Kita memerlukan wakil rakyat yang boleh memberi professionalisme dan boleh bekerjasama dengan kerajaan negeri seperti ditunjukkan oleh Menteri Besar," kata beliau.

Pada Rabu, kerajaan negeri telah mendapat kelulusan untuk menebus guna tanah sehingga 3,200 hektar di laut dekat Lukut. 

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hassan telah menyatakan bahawa kerja penambakan itu bertujuan untuk membina lebih banyak kediaman dan mewujudkan produk pelancongan.

-- BERNAMA

 
 

©2017 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel