English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Selangor
Kerajaan Negeri Sembilan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Perbadanan Putrajaya

Berita Tengah

November 19, 2017 13:18 PM

Seramai 1,100 Sertai Program Nocturnal Run 2.0 USIM

SEREMBAN, 19 Nov (Bernama) -- Seramai 1,100 orang menyertai program 'Nocturnal Run 2.0' iaitu lari mengelilingi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada waktu malam, bagi mempromosikan gaya hidup sihat.

Pelepasan peserta Nocturnal Run 2.0 disempurnakan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan di Kompleks Sukan Tunku Najihah, USIM, kira-kira pukul 9 malam tadi.

Pegawai Penyelaras Nocturnal Run 2.0 Marwan Tahir berkata larian yang dianjurkan bermula tahun lepas itu kini memasuki edisi kedua dan penyertaan kali ini meningkat berbanding edisi pertama dan ia memberikan satu petanda yang positif.

"Penyertaan ini dibuka kepada dua kategori iaitu kakitangan, pelajar dan alumni manakala kategori kedua ialah kategori orang awam. Kedua-dua kategori ini mendapat sambutan di luar jangkaan.

"Dari aspek penyertaan warga USIM yang bertambah, saya melihat ia satu petanda positif peningkatan kesedaran dan sokongan warga kampus terhadap agenda FitUSIM. Penyertaan seramai 250 orang awam dalam larian ini juga adalah satu bentuk usaha untuk mempromosikan universiti ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Turut sama dalam larian itu ialah Naib Canselor USIM Prof Datuk Dr Musa Ahmad.

Marwan berkata trek larian yang meliputi jarak sekitar lima kilometer melalui laluan utama di dalam kampus USIM, secara tidak langsung membuatkan para peserta menjelajah dan melihat secara dekat lokasi dan bangunan menarik di dalam universiti.

Nocturnal Run 2.0 dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar USIM sebagai satu daripada program utama bagi mempromosikan Pesta Konvokesyen USIM yang berlangsung dari semalam hingga Khamis bersebelahan Dewan Tuanku Canselor.

Program kali ini bertemakan 'Get Fit, Don't Quit'. Para peserta yang berjaya menamatkan larian menerima medal khas dan sijil penghargaan.

-- BERNAMA

 
 

©2017 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel