English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Selangor
Kerajaan Negeri Sembilan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Perbadanan Putrajaya

Berita Tengah

November 19, 2017 12:58 PM

25 Saman Dikeluarkan Dalam Op Mabuk

SEREMBAN, 19 Nov (Bernama) -- Polis mengeluarkan 25 saman terhadap pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan lalu lintas dalam Op Mabuk di Km 8.5 Jalan Seremban, berhadapan Balai Polis Lukut, Port Dickson, dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Zainudin Ahmad berkata operasi selama tiga jam yang bermula pukul 11 malam itu bertujuan mencegah pengguna jalan raya yang memandu di bawah pengaruh alkohol, pencegahan jenayah, pencegahan samseng jalanan selain mengesan pelbagai kesalahan.

Operasi itu disertai dua pegawai dan enam anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson, katanya.

"Sebanyak 52 kenderaan dan individu diperiksa termasuk pemeriksaan melalui ujian pernafasan dalam operasi ini.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 25 saman dikeluarkan iaitu tidak mempunyai lesen memandu (lapan), tidak memakai tali pinggang keledar (tiga), tiada cermin sisi (empat), lampu brek ketiga tidak berfungsi (tujuh) dan lain-lain kesalahan (tiga)," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya dalam operasi itu, pihaknya tidak mengesan pengguna jalan raya yang memandu di bawah pengaruh alkohol.

-- BERNAMA

 
 

©2017 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel