English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Selangor
Kerajaan Negeri Sembilan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Perbadanan Putrajaya

Berita Tengah

November 10, 2017 22:41 PM

11 Rumah Dinaiki Air Akibat Banjir Kilat Di Seremban

SEREMBAN, 10 Nov (Bernama) -- Hujan lebat selama dua jam petang tadi mengakibatkan 11 rumah di Taman Jasper dan Taman Pulasan dekat sini, dinaiki air.

Pegawai Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia daerah Seremban Mohd Najib Abd Karim berkata di Taman Jasper seramai 32 mangsa termasuk seorang bayi lelaki daripada lapan keluarga terjejas manakala di Taman Pulasan pula 23 mangsa daripada lapan keluarga terlibat.

"Hujan lebat yang turun sejak 4 petang tadi menyebabkan kawasan perumahan ini dilanda banjir kilat dan antara faktor lain ialah hakisan tebing sungai akibat penyelenggaraan tidak sempurna.

"Setakat ini pusat pemindahan bagi mangsa banjir tidak lagi dibuka dan keadaan masih terkawal serta air juga sudah mulai surut," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, beberapa kawasan di pusat bandar Seremban juga dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat petang tadi.

Penolong Pengarah (Operasi) Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata hujan lebat serta air yang melimpah daripada sistem perparitan di kawasan itu telah menyebabkan banjir kilat.

Beliau berkata tiada mangsa banjir yang dipindahkan dan mangsa yang terperangkap di dalam kereta ketika banjir tersebut, berjaya keluar sendiri dalam keadaan selamat.

"Seramai 13 anggota berserta pegawai bergegas ke tempat kejadian selepas mendapat panggilan kecemasan dan tiba 10 minit kemudian dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban dan Senawang," katanya.

Tinjauan BERNAMA mendapati air telah mulai surut kira-kira 6 petang tadi dan keadaan lalu lintas di kawasan tersebut terkawal.

-- BERNAMA

 
 

©2017 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel