English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Selangor
Kerajaan Negeri Sembilan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Perbadanan Putrajaya

Berita Tengah

November 10, 2017 22:27 PM

Hujan Lebat Sebabkan Banjir Kilat Di Beberapa Kawasan Di Gombak

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Hujan lebat lebih dua jam di ibu negara petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di Gombak dekat sini dilanda banjir kilat.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata beberapa kawasan termasuk Batu 7½ Hulu Kelang dan Kampung Sungai Pusu dinaiki air di antara 0.2 hingga 0.5 meter selepas hujan kira-kira 4 petang tadi. 

"Hujan lebat di kawasan terbabit menyebabkan air Sungai Klang melimpah ke kawasan rumah berhadapan dengan sungai.

"Kira-kira empat rumah terjejas kerana air naik di perkarangan rumah namun tiada mangsa yang dipindahkan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, Mohd Sani berkata hujan lebat itu turut mengakibatkan tebing di sebatang jalan di Taman Mulia Jaya, Ampang dekat sini, runtuh. 

"Kejadian kira-kira 5.30 petang itu mengakibatkan sebuah kereta Proton Wira rosak akibat dihempap tanah. Tiada mangsa dilaporkan cedera," katanya. 

-- BERNAMA

 

 
 

©2017 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel