English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Selangor
Kerajaan Negeri Sembilan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Perbadanan Putrajaya

Berita Tengah

October 07, 2017 16:28 PM

Dua Kilang Perabot Musnah Dalam Kebakaran

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Dua kilang perabot di Jalan Welfare, Kampung Baru Sungai Buloh musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata bomba menerima panggilan kira-kira 3.25 pagi dan 31 anggota bersama lima jentera dari Balai Bomba Sungai Buloh, Damansara dan Anggerik telah dikerahkan ke tempat kejadian.

"Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya oleh pasukan bomba yang menggunakan dua jentera tangki air serta sumber air daripada pili bomba kira-kira 300 meter dari lokasi kilang yang terbakar.

"Setakat 6 pagi tadi, kebakaran membabitkan dua kilang perabot dengan anggaran keluasan 1,858 meter persegi itu sudah dapat dikawal, namun kerja memadam sisa kebakaran masih diteruskan," katanya ketika dihubungi.

Tiada mangsa yang terlibat dalam insiden tersebut dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

-- BERNAMA

 
 

©2017 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel