English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Kelantan
Kerajaan Negeri Terengganu
Kerajaan Negeri Pahang

Berita Timur

February 10, 2018 00:05 AM

Pemandu Maut Tersepit Di Bawah Kepala Lori

KUANTAN, 9 Feb (Bernama) -- Sehingga pukul 9.30 malam ini, mayat seorang pemandu lori masih tidak dapat dikeluarkan dari bawah kepala lori dipandunya yang terbabas dan terbalik sebelum termasuk ke dalam belukar di Jalan Kuantan-Kemaman berhampiran Kampung Sungai Ular di sini, kira-kira pukul 1.40 tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng Syed Jamaluddin Syed Mohamed berkata sehingga pukul 9.30 malam ini usaha untuk mengeluarkan mayat mangsa Muhammad Jamil Lango, 35, berasal dari Sabah masih giat dilakukan.

"Bomba sebelum ini menerima panggilan pada pukul 1.46 tengah hari yang melaporkan tentang kemalangan melibatkan sebuah lori yang terbabas di kawasan itu dan sebaik tiba kita mendapati terdapat seorang mangsa terperangkap di bawah kepala lori.

"Usaha untuk mengeluarkan mayat mangsa bagaimanapun berhadapan dengan kesukaran berikutan kawasan kemalangan itu merupakan tanah gambut dan berpaya menyebabkan kepala lori berkenaan terbenam di dalam tanah yang memerlukan jentera berat untuk mengangkat kenderaan itu," katanya ketika dihubungi di sini malam ini.

Menurutnya lebih 30 anggota bomba dan polis bertungkus lumus untuk mengeluarkan mayat mangsa dan mereka turut dibantu tiga jentera berat dari Taman Industri Kuantan Malaysia-China yang terletak berhampiran dengan kawasan kejadian.

Turut berada di kawasan kemalangan bagi meninjau operasi itu termasuk Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Mohd Sani Harul.

Katanya operasi akan diteruskan sehingga mayat mangsa berjaya dikeluarkan.

-- BERNAMA

 
 

©2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel