English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Kelantan
Kerajaan Negeri Terengganu
Kerajaan Negeri Pahang

Berita Timur

February 08, 2018 15:54 PM

Kopi Asal Perisa Durian Tiada Campuran Bahan Kimia - Subramaniam


BENTONG, 8 Feb (Bernama) -- Pemantauan yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan mendapati tiada sebarang campuran bahan kimia asing dalam peket asal kopi berperisa durian, yang didakwa menyebabkan dua pengawal keselamatan warga Nepal diserang sawan dan letih teruk selepas meminum kopi itu baru-baru ini.

Menteri berkenaan Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata peket tercemar hanyalah yang diperoleh daripada tong sampah serta yang diedarkan oleh mereka yang tidak dikenali.

"Sekarang, kita serah kepada polis untuk melakukan siasatan penuh berhubung perkara ini. Ia sudah di luar bidang kuasa kementerian."

"Pemantauan terhadap peket asal memang tiada sebarang tanda campuran bahan kimia asing."

"Bagaimanapun pemantauan akan terus dilakukan dari semasa ke semasa," katanya ketika diminta mengulas perkembangan terkini berhubung isu kopi perisa durian yang dipercayai mengandungi dadah.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pusat khidmat Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan (SITF) di Taman Sentosa di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi MIC Pahang Datuk R Goonasakaren dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas Datuk Seri Norol Azali Sulaiman.

-- BERNAMA

 
 

©2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel