English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Kelantan
Kerajaan Negeri Terengganu
Kerajaan Negeri Pahang

Berita Timur

January 03, 2018 23:29 PM

Banjir: 20 Jalan Utama Di Pahang Ditutup

KUANTAN, 3 Jan (Bernama) -- Dua puluh laluan utama di seluruh Pahang ditutup kepada semua jenis kenderaan bermula tengah malam semalam sehingga petang tadi.

Ketua Jabatan Pengurusan IPK Pahang ACP Yahaya Othman berkata ia melibatkan tujuh jalan persekutuan di daerah Kuantan dan sebatang jalan persekutuan di daerah Jerantut.

"Di Kuantan, jalan yang ditutup ialah Jalan Sungai Lembing berdekatan Kilang Papan Sungai Charu, Jalan Sungai Lembing berdekatan Jambatan Sungai Danau, Jalan Sungai Lembing selepas Sungai Kolek.

"Selain itu Jalan Ceruk Paloh-Ubai berdekatan Selekoh Kampung Cempaka, Jalan Kuantan-Gambang berdekatan Gambang Resort dan Jalan Kuantan-Maran berdekatan Kilang Sawmill.

"Di daerah Jerantut pula, jalan yang ditutup akibat banjir ialah Jalan Simpang Batu Embun-Sempadan Kuala Lipis berdekatan Jambatan Sungai Kerak dengan kedalaman air 1.30 meter ditutup kepada semua kenderaan sehingga petang tadi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

-- BERNAMA

 
 

©2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel